Friday, June 11, 2010 0 comments By: Cikgu Zack

Permulaan BAIK untuk TUAN RUMAH PIALA DUNIA 2010

Perlawanan pertama menyaksikan gambaran jelas tentang saingan sengit antara pasukan yang bertanding kali ini. Dengan cuaca yang baik, perlawanan yang sengit, sudah tentu akan menyemartakkan lagi Piala Dunia kali ini...

Apapun, tahniah kepada tuan rumah, Afrika Selatan yang berjaya mengutip 1 mata berharga. Semoga permainan mantap kedua-dua pasukan malam ini akan diteruskan lagi dengan aski-aksi hebat pasukan lain. Bersiap sedia dengan secawan kopi... baru tak ngantuk...

Keputusan: Afrika Selatan 1, Mexico 1.
Wednesday, June 9, 2010 0 comments By: Cikgu Zack

19 Mutiara Kata untuk renungan bersama

Semoga menjadi INSPIRASI bersama...

1. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

2. Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

3. Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

4. Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

5. Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

6. Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

7. Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

8. Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

10. Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

11. Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

12. Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

13. Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.

14. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor.

15. "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"

16. "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"

17. Wanita itu sendiri adalah rahsia.

18. Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

19. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Industri insurans nyawa Asia Pasifik cerah

KUALA LUMPUR 1 Jun - Standard & Poor's Ratings Services menyemak semula tinjauannya bagi sektor insurans nyawa Asia Pasifik kepada stabil dari negatif.

Ini bertentangan dengan tinjauan negatif pada pasaran insurans nyawa di Amerika syarikat dan Eropah yang terus rendah berikutan fundamental kredit negatif.

Standard & Poor's menjangka masa depan yang cerah bagi para penyedia insurans Asia Pasifik tetapi menjangka sektor itu mudah dipengaruhi turun naik ekonomi dan pelaburan global.

Dapatan itu diperolehi dari laporan "Penyedia Insurans Nyawa Asia Pasifik-Pertumbuhan Berterusan" yang diterbitkan baru-baru ini.

Permodalan syarikat yang diperkukuhkan, permintaan domestik yang kukuh bagi mendapatkan kontrak insurans, kecairan di dalam pasaran dan peningkatan kesedaran kewangan di kalangan para pengguna menyokong pandangan itu.

klik untuk artikel penuh di UTUSAN MALAYSIA ONLINE
Tuesday, June 8, 2010 0 comments By: Cikgu Zack

Setelah Keluar Dari Kepompong Makan Gaji?

Alhamdulillah... apabila kita tekad untuk melakukan sesuatu keputusan, apatah lagi yang bakal mempengaruhi masa depan, kita juga perlu tekad untuk berubah... Berubah bermakna memilih sesuatu yang lebih baik daripada sekarang.

Dunia ini penuh dengan pilihan yang mungkin sesuai dan mungkin tidak sesuai kepada kita... Apa yang pasti kita perlu memilih dan jangan jadikan pilihan terlalu banyak kerana ia akan menyukarkan hala tuju kita.

Demi masa depan, berubahlah... Bermakna ke arah yang lebih baik... Ada orang suka makan gaji kerana hidup telah disusun dengan baik katanya... Pergi pagi, punch in... petang punch out, pulang... cukup bulan terima gaji... seterusnya dan seterusnya... Alah bisa tegal biasa...

Begitu juga yang memilih untuk bekerja sendiri... Baguslah, asalkan tidak merempat di bumi sendiri... Rezeki melimpah ruah di bumi yang indah dan permai ini... Cuma sanggupkan kita ringankan tulang, cekalkan hati, tabahkan diri menggalinya?

Renung-renungkanlah...