KUALA LUMPUR 1 Jun - Standard & Poor's Ratings Services menyemak semula tinjauannya bagi sektor insurans nyawa Asia Pasifik kepada stabil dari negatif.Ini bertentangan dengan tinjauan negatif pada pasaran insurans nyawa di Amerika syarikat dan Eropah yang terus rendah berikutan fundamental kredit negatif.
Standard & Poor's menjangka masa depan yang cerah bagi para penyedia insurans Asia Pasifik tetapi menjangka sektor itu mudah dipengaruhi turun naik ekonomi dan pelaburan global.
Dapatan itu diperolehi dari laporan "Penyedia Insurans Nyawa Asia Pasifik-Pertumbuhan Berterusan" yang diterbitkan baru-baru ini.
Permodalan syarikat yang diperkukuhkan, permintaan domestik yang kukuh bagi mendapatkan kontrak insurans, kecairan di dalam pasaran dan peningkatan kesedaran kewangan di kalangan para pengguna menyokong pandangan itu.
klik untuk artikel penuh di UTUSAN MALAYSIA ONLINE
0 comments:
Post a Comment