Friday, July 8, 2011 0 comments By: Cikgu Zack

MLM - Salah siapa???

Pelaku MLM sentiasa menghadapi cobaan, dugaan dan rintangan yang sama... apa yang pasti, ada yang berjaya, ada yang tidak berjaya... tapi bukan itu soalnya, kerana yang paling penting plan pemasaran yang berkesan dan adil.

jika disebut tentang pesalah dalam MLM, tiada siapa yang dapat mengenali rupa bentuknya dan apa yang ada hanyalah penerangan tentang plan MLM itu sendiri. Itulah pesalah MLM sebenarnya. Hai ini kerana mereka memperkotak-katikkan orang/prospek dengan igauan paling indah untuk mengjejar kekayaan. Mereka lupa untuk menerangkan sejumlah muka surat yang paling penting. Yang ada cumalah, bagaimana untuk menjana pendapatan sekian-sekian banyak.

Tetapi, mereka lupa asal wang daripada PV/BV, asal PV/BV dari produk, asal produk dari keperluan manusia. Jadi, mereka tidak menekankan tentang keperluan produk itu sendiri, sebaliknya keperluan manusia utk wang... Bagus... itu tidak dinafikan, tetapi mereka akan memandang enteng tentang kelebihan produk dah haanya meletakkan produk sebagai syarat pelaburan.

Inilah kesilapannya. Mereka tidak boleh mengabaikan produk kerana produk inilah "wang" sebenarnya. Jika mereka melabur RM20k pun, dengan produk yang sekian banyak, apa maknaya jika pelaburan ini gagal dan produk menjadi bebanan kepada orangnya... inilah yang merosakkan MLM dan industri secara amnya...

Jika anda salah seorang pelakau MLM yang mengutamakan plan daripada penggunaan produk, cepat2lah kukuhkan ilmu agar masa depan MLM akan lebih terjamin...
Monday, July 4, 2011 1 comments By: Cikgu Zack

Kepentingan Pusat Tuisyen

Belakangan ini, PUSAT TUISYEN telah menjadi salah satu nadi kepada pembentukan PELAJAR CEMERLANG terutama dari segi akedemik. Malahan pula, ia turut menjadi kemestian kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke pusat tuisyen.

Oleh sebab itu, pusat tuisyen tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Kewujudannya bukan sahaja membantu, malah memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan di sekolah. Tidak dinafikan, negara kita mempunyai sistem pembelajaran yang baik, namun tidak semua pelajar mampu berada dalam suasana sebegitu untuk belajar. Tetapi, di sekolahlah asas yang perlu mereka belajar. Ini bermakna, apa yang mereka dapat disekolah, diulangkaji di Pusat Tuisyen dengan dimantapkan lagi oleh guru yang berkualiti, kaedah yang sistematik, latihan yang efektif, maka pelajar akan mendapat hasil yang cemerlang.

Kebanyakan pusat tuisyen menyediakan bilik belajar yang berdingin hawa dan bilangan pelajar yang sedikit, sekitar 12 -15 orang sahaja. Suasana pembelajaran yang selesa dan komuniti yang kecil memberi peluang yang lebih besar untuk setiap pelajar bertanya ketidakfahaman mereka. Walaubagaimapun, para pelajar perlu sentiasa bersedia jasmani dan rohani sebelum ke pusat tuisyen. Di sini, mereka akan dilatih kemahiran menjawab soalan, penulisan nota ringkas dan aspek-aspek yang penting dalam peperiksaan.

Pusat tuisyen juga merupakan tempat terbaik untuk memahami apa yang tidak sempat atau tidakdifahami di sekolah. Di sini, guru-guru disediakan untuk memberikan servis terbaik. Tambahan pula, kekuatan sesebuah pusattuisyen terletak kepada kualiti guru dan kualiti perkhidmatannya. Jika guru pandai mengolah pelajar, bijak menyelesaikan masalah dan mampu membina pelajar maka setiap tahun ada sahaja yang akan menghantar anak mereka ke sana.

Kesimpulannya, Pusat tuisyen ini ibarat pusat ulangkaji. Sekolah ialah asasnya. Jadi kedua-dua institusi ini saling memerlukan. Justeru itu, pelajar harus ingat, untuk berjaya semuanya terpulang kepada diri sendiri. Pusat tuisyen yang terbaik pun tidak boleh mengubah mereka jika mereka tidak mahu berubah.