Monday, July 4, 2011 By: Cikgu Zack

Kepentingan Pusat Tuisyen

Belakangan ini, PUSAT TUISYEN telah menjadi salah satu nadi kepada pembentukan PELAJAR CEMERLANG terutama dari segi akedemik. Malahan pula, ia turut menjadi kemestian kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke pusat tuisyen.

Oleh sebab itu, pusat tuisyen tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Kewujudannya bukan sahaja membantu, malah memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan di sekolah. Tidak dinafikan, negara kita mempunyai sistem pembelajaran yang baik, namun tidak semua pelajar mampu berada dalam suasana sebegitu untuk belajar. Tetapi, di sekolahlah asas yang perlu mereka belajar. Ini bermakna, apa yang mereka dapat disekolah, diulangkaji di Pusat Tuisyen dengan dimantapkan lagi oleh guru yang berkualiti, kaedah yang sistematik, latihan yang efektif, maka pelajar akan mendapat hasil yang cemerlang.

Kebanyakan pusat tuisyen menyediakan bilik belajar yang berdingin hawa dan bilangan pelajar yang sedikit, sekitar 12 -15 orang sahaja. Suasana pembelajaran yang selesa dan komuniti yang kecil memberi peluang yang lebih besar untuk setiap pelajar bertanya ketidakfahaman mereka. Walaubagaimapun, para pelajar perlu sentiasa bersedia jasmani dan rohani sebelum ke pusat tuisyen. Di sini, mereka akan dilatih kemahiran menjawab soalan, penulisan nota ringkas dan aspek-aspek yang penting dalam peperiksaan.

Pusat tuisyen juga merupakan tempat terbaik untuk memahami apa yang tidak sempat atau tidakdifahami di sekolah. Di sini, guru-guru disediakan untuk memberikan servis terbaik. Tambahan pula, kekuatan sesebuah pusattuisyen terletak kepada kualiti guru dan kualiti perkhidmatannya. Jika guru pandai mengolah pelajar, bijak menyelesaikan masalah dan mampu membina pelajar maka setiap tahun ada sahaja yang akan menghantar anak mereka ke sana.

Kesimpulannya, Pusat tuisyen ini ibarat pusat ulangkaji. Sekolah ialah asasnya. Jadi kedua-dua institusi ini saling memerlukan. Justeru itu, pelajar harus ingat, untuk berjaya semuanya terpulang kepada diri sendiri. Pusat tuisyen yang terbaik pun tidak boleh mengubah mereka jika mereka tidak mahu berubah.

1 comments:

Unknown said...

salam..pusat tuisyen mawar intelek still perlukan guru x?

Post a Comment