Pelaku MLM sentiasa menghadapi cobaan, dugaan dan rintangan yang sama... apa yang pasti, ada yang berjaya, ada yang tidak berjaya... tapi bukan itu soalnya, kerana yang paling penting plan pemasaran yang berkesan dan adil.jika disebut tentang pesalah dalam MLM, tiada siapa yang dapat mengenali rupa bentuknya dan apa yang ada hanyalah penerangan tentang plan MLM itu sendiri. Itulah pesalah MLM sebenarnya. Hai ini kerana mereka memperkotak-katikkan orang/prospek dengan igauan paling indah untuk mengjejar kekayaan. Mereka lupa untuk menerangkan sejumlah muka surat yang paling penting. Yang ada cumalah, bagaimana untuk menjana pendapatan sekian-sekian banyak.
Tetapi, mereka lupa asal wang daripada PV/BV, asal PV/BV dari produk, asal produk dari keperluan manusia. Jadi, mereka tidak menekankan tentang keperluan produk itu sendiri, sebaliknya keperluan manusia utk wang... Bagus... itu tidak dinafikan, tetapi mereka akan memandang enteng tentang kelebihan produk dah haanya meletakkan produk sebagai syarat pelaburan.
Inilah kesilapannya. Mereka tidak boleh mengabaikan produk kerana produk inilah "wang" sebenarnya. Jika mereka melabur RM20k pun, dengan produk yang sekian banyak, apa maknaya jika pelaburan ini gagal dan produk menjadi bebanan kepada orangnya... inilah yang merosakkan MLM dan industri secara amnya...
Jika anda salah seorang pelakau MLM yang mengutamakan plan daripada penggunaan produk, cepat2lah kukuhkan ilmu agar masa depan MLM akan lebih terjamin...
0 comments:
Post a Comment