Pernah anda dengar lagu yang tidak ditelan zaman ini "BANGAU OH BANGAU"... Sedap untuk dinyanyikan... Hingga kita boleh buat kumpulan koir... Namun di sebalik lirik yanng cukup cantik, tahukah anda itu adalah sebahagian daripada hidup kita. Itulah kisah si BANGAU untuk kita renungkan bersama...
Natijahnya, kisah ini mengajar kita apabila berlaku satu masalah setiap individu yang terlibat sewajarnya melihat keupayaan, kelemahan, peranan, kemampuan serta upaya bertindak masing-masing. Tegasnya, setiap kita hendaklah melihat diri sendiri (muhasabah diri) dahulu sebelum sewenang-wenangnya menuding jari. Kita perlu mencari apa yang salah, bukannya siapa yang salah. Apakah yang salah dan apakah sumbangan kita untuk menyelesaikan masalah tersebut? Walaupun masalah itu kecil, kita perlu membuat penyelesaian yang terbaik mengikut kemampuan dan pada lingkungan pengalaman kita. Ubahlah dan betulkanlah diri dahulu maka barulah kita akan berjaya membetulkan orang lain.
Secara sinisnya, ‘bangau’ hendaklah belajar menangkap ikan dalam keadaan rumput yang panjang kerana itu memang kerjanya. Jangan salahkan rumput yang panjang! Sepatutnya kalau ditanya, “Oh bangau, kenapa kau kurus? Bangau tak sepatutnya menyalahkan ikan tak timbul. Bukannya ikan yang perlu datang sendiri kepadanya. Siapa mangsa, siapa pemangsa? Bangau sendiri yang patut berusaha mendapatkan ikan itu. Begitu juga bagi lembu yang sakit perut, jangan disalahkan nasi yang mentah, kerana itulah risiko yang terpaksa ditanggungnya apabila makan tanpa usul periksa.
Jangan sesekali menuding jari tanpa memikirkannya terlebih dahulu. Ingat! Satu jari yang menuding orang lain, empat jari lagi menuding diri sendiri. Bersama-samalah kita muhasabah diri. Tak salah jika kita menerima teguran dan berbincang untuk selesaikan apa saja masalah. Latihlah diri untuk lebih sabar, tenang dan lebih terbuka dalam apa saja keadaan. Maka, kita dapat hindarkan diri daripada dilabelkan sebagai "sellfish" dan "egois".
"NO BODY PERFECT WITHOUT SOMEONE"
0 comments:
Post a Comment