Thursday, September 15, 2011 0 comments By: Cikgu Zack

Merdeka dah 54 tahun... Sejauh mana kita menghargainya...

Prasejarah telah membuktikan bahaya betapa Tanah Melayu tidak pernah gentar untuk menuntut kemerdekaan. Sejarah penjajahan Portugis, Jepun, Belanda, British cukup memeritkan sehinggalah kita peroleh "kemerdekaan" yang sebenar pada 31 Ogos 1957.

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden.

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.
Friday, July 8, 2011 0 comments By: Cikgu Zack

MLM - Salah siapa???

Pelaku MLM sentiasa menghadapi cobaan, dugaan dan rintangan yang sama... apa yang pasti, ada yang berjaya, ada yang tidak berjaya... tapi bukan itu soalnya, kerana yang paling penting plan pemasaran yang berkesan dan adil.

jika disebut tentang pesalah dalam MLM, tiada siapa yang dapat mengenali rupa bentuknya dan apa yang ada hanyalah penerangan tentang plan MLM itu sendiri. Itulah pesalah MLM sebenarnya. Hai ini kerana mereka memperkotak-katikkan orang/prospek dengan igauan paling indah untuk mengjejar kekayaan. Mereka lupa untuk menerangkan sejumlah muka surat yang paling penting. Yang ada cumalah, bagaimana untuk menjana pendapatan sekian-sekian banyak.

Tetapi, mereka lupa asal wang daripada PV/BV, asal PV/BV dari produk, asal produk dari keperluan manusia. Jadi, mereka tidak menekankan tentang keperluan produk itu sendiri, sebaliknya keperluan manusia utk wang... Bagus... itu tidak dinafikan, tetapi mereka akan memandang enteng tentang kelebihan produk dah haanya meletakkan produk sebagai syarat pelaburan.

Inilah kesilapannya. Mereka tidak boleh mengabaikan produk kerana produk inilah "wang" sebenarnya. Jika mereka melabur RM20k pun, dengan produk yang sekian banyak, apa maknaya jika pelaburan ini gagal dan produk menjadi bebanan kepada orangnya... inilah yang merosakkan MLM dan industri secara amnya...

Jika anda salah seorang pelakau MLM yang mengutamakan plan daripada penggunaan produk, cepat2lah kukuhkan ilmu agar masa depan MLM akan lebih terjamin...
Monday, July 4, 2011 1 comments By: Cikgu Zack

Kepentingan Pusat Tuisyen

Belakangan ini, PUSAT TUISYEN telah menjadi salah satu nadi kepada pembentukan PELAJAR CEMERLANG terutama dari segi akedemik. Malahan pula, ia turut menjadi kemestian kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke pusat tuisyen.

Oleh sebab itu, pusat tuisyen tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Kewujudannya bukan sahaja membantu, malah memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan di sekolah. Tidak dinafikan, negara kita mempunyai sistem pembelajaran yang baik, namun tidak semua pelajar mampu berada dalam suasana sebegitu untuk belajar. Tetapi, di sekolahlah asas yang perlu mereka belajar. Ini bermakna, apa yang mereka dapat disekolah, diulangkaji di Pusat Tuisyen dengan dimantapkan lagi oleh guru yang berkualiti, kaedah yang sistematik, latihan yang efektif, maka pelajar akan mendapat hasil yang cemerlang.

Kebanyakan pusat tuisyen menyediakan bilik belajar yang berdingin hawa dan bilangan pelajar yang sedikit, sekitar 12 -15 orang sahaja. Suasana pembelajaran yang selesa dan komuniti yang kecil memberi peluang yang lebih besar untuk setiap pelajar bertanya ketidakfahaman mereka. Walaubagaimapun, para pelajar perlu sentiasa bersedia jasmani dan rohani sebelum ke pusat tuisyen. Di sini, mereka akan dilatih kemahiran menjawab soalan, penulisan nota ringkas dan aspek-aspek yang penting dalam peperiksaan.

Pusat tuisyen juga merupakan tempat terbaik untuk memahami apa yang tidak sempat atau tidakdifahami di sekolah. Di sini, guru-guru disediakan untuk memberikan servis terbaik. Tambahan pula, kekuatan sesebuah pusattuisyen terletak kepada kualiti guru dan kualiti perkhidmatannya. Jika guru pandai mengolah pelajar, bijak menyelesaikan masalah dan mampu membina pelajar maka setiap tahun ada sahaja yang akan menghantar anak mereka ke sana.

Kesimpulannya, Pusat tuisyen ini ibarat pusat ulangkaji. Sekolah ialah asasnya. Jadi kedua-dua institusi ini saling memerlukan. Justeru itu, pelajar harus ingat, untuk berjaya semuanya terpulang kepada diri sendiri. Pusat tuisyen yang terbaik pun tidak boleh mengubah mereka jika mereka tidak mahu berubah.
Wednesday, June 29, 2011 0 comments By: Cikgu Zack

Lirik penuh puitis POKOK - Meet Uncle Hussein


TERSESAT malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu BANYAK alasannya
Ku terdiam

Menyusur di KAKI LIMA
Terlihat bayang wajah kelmarin
TERSENTUH hati bagai luruh

Tanya sama POKOK apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
PATAH sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
TERLUPA apa yang perlu
Terlalu banyak ALASANnya
Duduk TERDIAM

Tak MUDAH namun tak SUSAH
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

p/s: Jika dihayati baik-baik liriknya, memang memotivasikan diri...


Thursday, June 23, 2011 0 comments By: Cikgu Zack

RAHSIA PERUT LELAKI

Nak tahu rahsia di sebalik jenis perut lelaki? Tak perlu percaya 100%...Jom kita layann untuk suka2.

Bulat

Perut bulat dan agak buncit sedikit. Orang begini dikatakan berjaya dan kaya. Makan minum dan pakaiannya sempurna. Seorang yang pemurah dan murah rezeki.


Buncit

Perut yang buncit diumpamakan seperti beg yang penuh berisi duit. Orang ini memang banyak duit tetapi kuat membazir, pemalas dan kuat makan.


Tinggi tajam

Bahagian atas perut tinggi dan tajam, buncitnya menghala ke atas. Orang begini kurang rehat. Sangat kuat bekerja tetapi duit yang dikumpulnya sedikit. Individu ini sanggup melakukan pelbagai kerja untuk mencarisesuap nasi.


Rata

Perutnya sangat rata dan leper. Pemiliknya seorang yang bijak, pencinta seni dan berjiwa besar. Jumlah simpanan wangnya sederhana. Meskipun ramai yang suka atau inginkan perut yang leper dan rata, ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan dan keseimbangan badan. Hal ini disebabkan oleh kehilangan zat-zat penting untuk tubuh badan dan minda yang sihat dan cergas.



Nota Kaki: Betul ke Selepas kahwin biasanya lelaki akan dapat pangkat P.J. K? (Perut Jalan Kedepan)


Terima kasih kepada Malaysiaria.com

29 tahun yang huru-hara...

29 tahun telah berlalu... dengan seribu satu cerita... terlalu banyak untuk dikenang... terlalu banyak juga untuk dijadikan pedoman... pelbagai alasan dan ulasan telah diredahi... pelbagai jerih perit telah dihalangi... dengan matlamat semuanya bertambah baik... kehidupan bertambah mutu... kesihatan cemerlang... gagah dan kuat untuk meneruskan cita-cita yang belum tercapai...

jika mahu diungkapkan dengan kata-kata, tiada satu punyang akan jadi mudah... namun semuanya tak susah kalau terus buat dan buat... hanya keinginan dan kemahuan yang tidak kuat membataskan segalanya... yang dihajati terlalu banyak... yang dijalani tidak mampu memilikinya... begitulah 29 yang penuh huru-hara...

sepanjang perjalanan ini... akan datang tentu lebih gemilang... masa depan lebih terang dengan kejayaan... bermulanya di sini... satu persatu... terus ke langkah seribu... doakan kejayaan bersama... insyaallah ada jalan yang terbuka di hadapan... sana...

jom mulakan langkah kanan ke angka 30...
Sunday, April 24, 2011 0 comments By: Cikgu Zack

Perkara Yang Sering Buat Wanita Merajuk

Mengapa wanita suka merajuk?

Sama-samalah kita renungkan... Mungkin ada kebenarannya...

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa syok sendiri dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah mengata dan mengutuk jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk.

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala puteri kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki.Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu

Ini semua bergantung pada penilaian waras kita, setiap orang tak sama. Jadi, yang balik jadikan teladan... yang buruk jadikan sempadan...


Minta Maaf dan Mengaku Kesalahan

Assalamualaikum wbt.

Dari Imran bin Husain r.a. katanya: “Seorang perempuan dari suku Juhainah datang menghadap kepada Nabi saw. padahal dia sedang hamil akibat melakukan zina. Lalu katanya, “Ya, Nabiyallah! Aku telah melanggar hukum; maka tegakkanlah hukum itu atas diriku!” Kerana itu Rasulullah saw memanggil wali perempuan itu, lalu beliau bersabda kepadanya, “Rawatlah perempuan ini sebaik-baiknya. Apabila dia telah melahirkan, bawalah dia ke hadapanku!” Perintah Nabi saw. Itu dijalankan oleh walinya sesuai dengan yang diperintahkan beliau. Setelah perempuan itu melahirkan, maka dia dihadapkan kepada Rasulullah saw. Lalu dikenakan pakaiannya dengan erat. Kemudian Nabi saw. memerintahkan supaya dia dihukum rajam, lalu ia dirajam. Setelah dia tewas, Nabi saw. melakukan solat jenazah baginya. Maka bertanya ‘Umar kepada beliau, “Perlukah dia disolatkan, ya Nabiyallah? Bukankah dia berzina?” Jawab beliau, “Dia telah taubat sebenar-benarnya taubat. Andaikata taubatnya itu dibagi kepada tujuh puluh orang penduduk Madinah, pasti cukup bagi mereka. Manakah lagi taubat yang lebih utama daripada menyerahkan nyawa kepada Allah Ta’ala secara ikhlas?” [HR Muslim]

Berdasarkan hadis ini pengajaran yang paling penting ialah kita berani mengaku kesalahan yang kita lakukan walaupun mungkin impak buruk dari pengakuan itu mungkin akan memakan diri kita dan menerima penghinaan di sisi manusia. Kita sebagai manusia sememangnya tidak lepas dari kesalahan dan kelalaian. Namun mengapa kita tidak mampu mengaku kesalahan kita?

Pengajaran dari hadis ini juga bahawa Allah SWT telah menurunkan agama yang sangat menyayangi umatnya kerana perbuatan zina yang buruk di sisi agama tetap mendapat tempat yang tinggi di akhirat sekiranya dia benar-benar bertaubat dan menyesal di atas apa yang telah lakukannya.

Dan agama Islam tidak mendiskriminasikan mereka yang melakukan kesalahan dan dosa asalkan mereka bertaubat. Rasulullah s.a.w dan para sahabat tetap menyembahyangkan jenazah perempuan dari suku Juhainah yang melakukan zina ini.
Friday, April 1, 2011 0 comments By: Cikgu Zack

USUS KOTOR, PUNCA PELBAGAI PENYAKIT !



Toksin dan Sembelit Pengamalan Cara Hidup Moden dan Pengumpulan Toksin.
Cara kehidupan zaman moden adalah kurang sihat hasil dari pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi dengan pelbagai toksin. Makanan seharian yang diambil oleh kita pada zaman moden mengandungi protein dan lemak haiwan yang tinggi. Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam telah mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan najis terlonggok. Najis terlonggok ialah sejenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan. Ia amat sukar dihapuskan. Jika anda mempunyai masalah berat badan, maka salah satu sebab utamanya adalah terdapat banyak najis terlonggok.

Apakah itu sembelit ?
Mengikut kajian usus yang dilakukan oleh pakar, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat 6-10 paun najis terlonggok di dalam usus kita. Pernahkah anda berkata ~ Saya tidak sembelit, saya buang air besar setiap hari dan tidak perlu membersihkan usus! Sebenarnya anda silap. Walaupun kita membuang air besar setiap hari, ramai tidak sedar bahawa mereka mungkin mempunyai masalah usus. Seringkali keseluruhan usus besar terlonggok dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras. Ia hanya membenarkan najis yang lembik dan kecil untuk melalui saluran usus yang sempit. Akibatnya kebanyakan dari kita mempunyai masalah sembelit dan najis terlonggok.

Apakah itu Najis Terlonggok ?
Sembelit merupakan masalah yang disebabkan kesukaran untuk membuang air besar dan najis terlonggok adalah bahan toksin yang terlekat di usus akibat daripada perkumuhan yang tidak sihat. Bahan toksin ini akan diserap oleh mucus usus dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membawa masalah seperti kulit yang berkedut, jerawat dan sakit ketika dating haid. Justeru itu, cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah kesihatan di atas adalah menghapuskan masalah sembelit dan menyahkan najis yang terlonggok di dalam usus.


SUDUT KESIHATAN

Mengnyahtoksik Rahsia Untuk Kekal Muda dan Sihat
Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan bercaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan dalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa.Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.

Kebanyakan program menyahtoksik melibatkan program berpuasa, pengawalan diet dan rawatan lain yang menyusahkan. Kini , terdapat satu program menyahtoksik yang lebih mudah dan praktikal, malah juga berkesan untuk membantu anda kekal muda dan sihat.

Beberapa masalah kesihatan yang biasa dikaitkan dengan pengumpulan toksin termasuk:-
  1. Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
  2. Sembelit atau cirit-birit yang kerap
  3. Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
  4. Kuku dan rambut yang rapuh
  5. Badan dan nafas berbau
  6. Sering sakit kepala
  7. Sakit leher , bahu , sendi dan otot
  8. Peredaran darah yang lemah – tangan atau kaki sejuk
  9. Imsomnia atau masalah tidur
  10. Meradang dan kemurungan
  11. Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
  12. Berat badan dan pembendungan air dalam badan
  13. Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
  14. Alergi dan pengidaman makanan
  15. Peningkatan tekanan darah
  16. Kurang tenaga syahwat.

Apa yang anda dapat jangkakan dari program mengnyahtoksik yang baik
  1. Kesihatan keseluruhan yang lebih baik & rasa lebih bertenaga dan cergas
  2. Daya ketahanan badan yang lebih kuat
  3. Fungsi penghadaman yang lebih baik & kurang angin dan senak
  4. Pembuangan air besar yang kerap
  5. Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik
  6. Kulit yang lebih cerah dan sihat
  7. Badan yang lebih langsing
  8. Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.

Ia adalah hampir mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada toksin-toksin ini kerana ianya berada di mana-mana sahaja. Dalam makanan kita racun rumpai dan racun serangga dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ,bahan kimi dan logam berat dalam ikan dari sungai dan laut yang sangat tercemar, antibiotik dan hormon dalam ayam, itik dan daging.

Dalam air minuman kita klorin, logam berat, bahan kimia , bakteria dan parasit dari sumber air yang tercemar dan paip air yang lama.Dalam udara yang kita sedut bahan kimia dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap kenderaan, asap rokok , serta asap dari pembakaran terbuka dan hutan terbakar dari negara-negara jiran. Dari proses-proses badan sisa metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan.

Usus bermasalah mengundang penyakit usus kita
Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan barkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

Bagaimana usus toksin menjejas kesihatan kita ?
Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin.

Kelebihan pembersihan usus
Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.

Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.


FAKTA-FAKTA MENGGEMPARKAN
  • 90% pelbagai penyakit adalah berkaitan dengan usus yang tidak bersih - [KOLEJ PERUBATAN ENGLAND]
  • 500,000 kematian diseluruh dunia adalah disebabkan Kanser Kolon [THE STAR, 13 MEI 2004]
  • 5 juta rakyat Malaysia mengalami pelbagai masalah penghadaman seperti kesakitan bahagian perut, kembung, sembelit dan lain-lain
Wednesday, January 19, 2011 0 comments By: Cikgu Zack

Bergumbira di Tepi Sudut

Suatu masa dulu, masa kita budak-budah... yang kita tahu seronok je... walaupun ada yang tak menyeronokkan ibu bapa kita, seperti kita syok panjat pokok, syok mandi sungai, syok main hujan... tapi masih kita buat sbb kita tak boleh tak syok... nak syok je memanjang.

Tapi masa berlalu, zaman berubah... semua dah berubah... Skang kita dah besar panjang dan ada sebab kenapa aku memilih tajuk ini. Semalam aku terjumpa kawan lama(sekolah rendah dulu). Dah lama x jumpa, lepak laa minum2... aku nampak dia happy je... mmg dia ni seorang periang dari dulu. So borak punya borak... tiba-tiba aku nampak dia macam nak muntah... aku kata "itu lah, gelak sampai tak ingat, jgn trsembur ke muka aku dah la"... dia sengih.. pasti dia minta excuse g toilet...
20minta aku tggu baru dia sampai, wah lama betul... last-last di sebalik muka yang ceria tu, aku nampak pucat dah... aku tanya... dia kata x ada apa2 sakit perut... last-last baru dia cerita, dia dah lama x gelak banyak mcm tu, sbb doktor kata kena pantang gelak... main-main ke apa budak nih...

aku layan je lah... last-last dia bagitau, dia ada kanser otak... tergezut aku... yang pelik nya apa kena mengena dengan gelak... dia memang kena happy selalu, x leh stres... tapi happy melampau pun bahaya gak... selagi masa yang dia ada... happykan lah dia... semoga dia boleh sembut dan bahagia selamanya...
Monday, January 17, 2011 0 comments By: Cikgu Zack

Selamat Hari Lahir Abah Man

tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah….

kerana abah aku disini
kerana abah aku gembira
kerana abah kuterasa bahagia…
abah oh abah

abah…
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja

abah…
ketika aku mengalah…
engkau semangatku
ketika aku sakit…
engkau penawarku
ketika aku bersedih…
kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu
selamat hari bapa kepada abah man…
Friday, January 14, 2011 1 comments By: Cikgu Zack

Jimak dan Wasiat Rasulullah saw

“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera da! ri penyakit gila, sawan (gila b**i) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam”

Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”
Baginda menjawab :
“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”

Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) .”
Baginda menjawab :
“Apabila ia minum cuka! semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”

2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila b**i dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”

3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”

4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”

5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu anak.”

6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”

7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”

8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ de! ngan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”

9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”

10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat.”

Bersambung...

Thursday, January 13, 2011 1 comments By: Cikgu Zack

2 Kuasa Mutlak... Sambungan

Sambungan...

Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang soleh mendapat seksaan Allah di zaman Nabi s.a.w. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA disedari, dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan ISTERInya. Kedua-dua diseksa oleh Allah sehingga Nabi s.a.w memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak-anak mereka.

Pengajarannya amat besar bukan sahaja kepada ANAK-ANAK, malah kepada setiap isteri di dunia ini. Ingatlah, seorang ISTERI mesti taat kepada SUAMInya. Manakala, si SUAMI mesti taat kepada IBUnya. Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami dan juga isteri dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal-bakal suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah “mempunyai” tetapi mengunnakannya dengan bijak.

Bersama bermuhasabah diri.

Wednesday, January 12, 2011 0 comments By: Cikgu Zack

Mesti Baca... 2 Kuasa Mutlak

Mengenai 2 Kuasa Mutlak…

Hanya ada dua orang sahaja yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami ke atas interi dan kuasa ibu ke atas annak-anak. Kuasa mutlkak ini sungguh besar ertinya di sisi agama islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh, seorang isteri yang melukai hati suaminya walaupun sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali). Begitu juga anak-anak terhadap ibunya.

ISTERI

Bayangkan seorang isteri secara sedar ataupun tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa… Nauzubillah. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat sifat-sifat yang tidak baik hingga dia dewasa. Tambahan pula, dalam keadaan berdosa bagaimana doa-doa akan diterima Allah. Tanpa keredhaan suami, bagaimana mendapat keredhaan Allah, dan bagaimana untuk mendapat kebahagiaan?

ANAK-ANAK

Paling mudah mendapat dosa. Cukuplah sekadar kata-kata atau satu perkataan yang mengguris hatinya. Jauhilah dosa yang tidak disedari seperti memingkirkan ibu seorang diri, mencerikan aib ibu kepada orang lain. Sekiranya tidak meminta keampunan maka dosa tersebut akan terus dipikul. Natijahnya, doa anak-anak juga tidak diterima Allah, malah ibadatnya juga tidak mendapat pahala, kesudahannya hidupnya tiada keberkatan. Akkhirnya anak akan mendapat pelbagai balasan dari Allah di muka bumi lagi.

Bersambung…

Tuesday, January 11, 2011 0 comments By: Cikgu Zack

Aku Berbicara Seorang Diri

Aku berbicara seorang diri,
tiada siapa peduli,
mengenang nasib diri yang sepi,
tiada yang akan mengerti,
hanya realiti yang menghukum diri.

Aku berbicara seorang diri,
mencari ketenangan pengubat hati,
mencari watak yang telah pergi,
yang tak mungkin ku temui,
kemana ia pergi jauh dari sudut hati.

Aku berbicara seorang diri,
tiada tempat hendak ku tujui,
tiada rajuk hendak ku tangisi,
tiada kata hendak ku kiasi,
walau ada yang berdiri di sisi.

Aku masih berbicara seorang diri,
takut menyakiti hati,
takut menyentuh sanubari,
hanya itu yang pasti,
aku hanya menjaga hati.

Akhirnya aku masih disini,
berbicara seorang diri,
mengupas kisah sedih berulang kali,
menghurai apa yang akan datang lagi,
menunggu hikmah yang tidak pasti,
menutup segala kekusutan di hati.

terima kasih...
Sunday, January 9, 2011 0 comments By: Cikgu Zack

Kuasa Seorang Ibu

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

- Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

- *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

- *** Bagi kita sebagai orang muda, yang sememangnya masih mentah, yang masih kurang makan garam dan segala bagai, WAJIB menghormati mak sendiri dan mak mertua. Bagi saya juga sebagai orang muda, kita WAJIB kasihkan ibu mertua sebagaimana kita kasihkan ibu kita. Tiada beza, tiada jurang, tiada kurang. Jika mak nasihat, kita dengar. Jika mak tegur, kita ikut. Jika mak marah, jangan kita tambah. Kecuali jika yang dinasihat ajaran sesat, tapi masih perlu beradab. Itu perkara fitrah, tidak perlu ke universiti untuk belajar psikologi.

- *** Tidak kira bagaimana corak pun ibu mertua, adab dengannya perlu dijaga. Bukan sekadar hormat, malah kita WAJIB menjaga nama baik keluarga kita. Alangkah buruk akhlak jika kita sebagai orang yang mentah ilmu, mendabik dada, menconteng arang di muka suami dan keluarga dengan membuka keaiban mereka. Terutama jika kita sebagai orang yang kurang makan garam yang ‘pergi sekolah’. Malu jika orang yang menguar-uar diri ‘pergi ke sekolah tinggi’, tapi perangai seperti orang yang tak pernah belajar adab, alangkah malunya.

- Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

- Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

- 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah.

- Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

- Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibu

- Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

- Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

- *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kitadi tempat yang terbaik

- Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Ø Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

- Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

- Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

- *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhakawalaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

- Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

- *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

- Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

- Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

- Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

- Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untukkita dapatkan pahala!

- *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

- Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

- *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyukuntuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

- Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

Selalu Bergaduh Dengan Ibu

- Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
Ø Symptom dah terkena saka
* Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
* Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
* Susah nak dapat anak, senang gugur
* Ada rasa kelibat orang lalu
* Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Ø Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

- Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

- 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

- Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

- Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah
- Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

- Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil
- *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia

P/s: So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.

Terima kasih kepada Ustaz Abdullah Mahmud

Kerana Pulut Santan Binasa... Nilai setiap pengucapan...

Kata pepatah Melayu, ´kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana (binasa)´. Ia merupakan peringatan bahawa mengucapkan perkataan yang tidak baik boleh mendatangkan bencana kepada diri sendiri mahupun terhadap orang lain. Lidah adalah anugerah Allah kepada manusia untuk berkomunikasi tetapi ia sering disalahgunakan untuk mengeluarkan perkataan yang mendatangkan keburukan seperti menyebar fitnah, dusta dan bermaksud buruk yang membawa niat menjatuhkan maruah orang lain.

Allah berfirman yang bermaksud: “Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua biji mata, lidah dan dua bibir. Dan Kami menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kejahatan).” - Surah al-Balad: 8-10

Justeru, kita mestilah berhati-hati dalam percakapan sehari-harian. Jika dikhuatiri mengeluarkan perkataan tidak baik, lebih baik kita berdiam diri. Ini bagi mengelakkan diri daripada menanggung dosa dan bagi mengelakkan orang lain terasa hati. Jika kita sudah mengeluarkan kata-kata yang tidak disenangi orang lain, tentu sukar untuk kita menariknya balik. Lebih buruk lagi jika orang lain silap mendengarnya. Ini berkait rapat dengan kata-kata ´terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya´.

Satu kesalahan yang paling rapat dengan lidah ialah penyebaran fitnah dan mengadu domba. Fitnah mendatangkan kesan bahaya dalam masyarakat kerana ia boleh menyebabkan perpecahan dan huru-hara. Allah mengingatkan manusia mengenai buruknya fitnah. Firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 191 bermaksud: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.”

Seolah-olah kita tiada otak untuk merenung dan berfikir secara logik apa yang bakal/telah kita ungkapkan. Allah mencipta kita dengan sebaik-baik kejadian, tetapi masih kita mahu menyakitkan hati orang lain. Walau apapun yang kita ungkapkan, bukankan itu menggambarkan personaliti kita... sehingga boleh disalah tafsirkan.

Mulut yang diberi untuk berzikir, berdoa untuk kebaikan, berkata-kata yang benar dan sahih, namun tidak siapa pun memikirkan apa yang dikatakan, baik atau tidak. Bak kata pepatah lain "Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya... Tanpa kita sedari, kita telahkan mencipta musuh sendiri... Kerana akal kita yang tidak cukup peka untuk menzahirkan perasaan orang lain. Manusia dibentuk dengan pelbagai ragam untuk menyeimbangkan kehidupan, namun bukan untuk menaikkan kemarahan, menimbulkan rasa benci "meluat" dalam diri orang lain.

Berwaspadalah. Lidah yang tidak bertulang ini kepunyaan anda. Anda yang memilikinya. Jangan sampai ditarik balik nikmat tersebut. Segeralah meminta maaf kepada yang terkena... kerana doa orang teraninya akan dimakbulkan. Tidak semua manusia maha pengampun. Jika kesalahan dengan Allah, boleh bertaubat, memohon keampunan kerana Allah maha pengampun lagi penyayang.

Allah berfirman: “Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela.” (Surah al-Humazah: 1)

Ingatlah! Hanya orang yang berpekerti buruk melahirkan perkataan buruk. Orang cerdik tidak sekali-kali mengeluarkan perkataan buruk yang secara langsung melambangkan keburukan diri sendiri.

Renung-renungkan.
Thursday, January 6, 2011 0 comments By: Cikgu Zack

Sebelum Menuding Jari... Muhasabah Diri...

Pernah anda dengar lagu yang tidak ditelan zaman ini "BANGAU OH BANGAU"... Sedap untuk dinyanyikan... Hingga kita boleh buat kumpulan koir... Namun di sebalik lirik yanng cukup cantik, tahukah anda itu adalah sebahagian daripada hidup kita. Itulah kisah si BANGAU untuk kita renungkan bersama...

Natijahnya, kisah ini mengajar kita apabila berlaku satu masalah setiap individu yang terlibat sewajarnya melihat keupayaan, kelemahan, peranan, kemampuan serta upaya bertindak masing-masing. Tegasnya, setiap kita hendaklah melihat diri sendiri (muhasabah diri) dahulu sebelum sewenang-wenangnya menuding jari. Kita perlu mencari apa yang salah, bukannya siapa yang salah. Apakah yang salah dan apakah sumbangan kita untuk menyelesaikan masalah tersebut? Walaupun masalah itu kecil, kita perlu membuat penyelesaian yang terbaik mengikut kemampuan dan pada lingkungan pengalaman kita. Ubahlah dan betulkanlah diri dahulu maka barulah kita akan berjaya membetulkan orang lain.

Secara sinisnya, ‘bangau’ hendaklah belajar menangkap ikan dalam keadaan rumput yang panjang kerana itu memang kerjanya. Jangan salahkan rumput yang panjang! Sepatutnya kalau ditanya, “Oh bangau, kenapa kau kurus? Bangau tak sepatutnya menyalahkan ikan tak timbul. Bukannya ikan yang perlu datang sendiri kepadanya. Siapa mangsa, siapa pemangsa? Bangau sendiri yang patut berusaha mendapatkan ikan itu. Begitu juga bagi lembu yang sakit perut, jangan disalahkan nasi yang mentah, kerana itulah risiko yang terpaksa ditanggungnya apabila makan tanpa usul periksa.

Jangan sesekali menuding jari tanpa memikirkannya terlebih dahulu. Ingat! Satu jari yang menuding orang lain, empat jari lagi menuding diri sendiri. Bersama-samalah kita muhasabah diri. Tak salah jika kita menerima teguran dan berbincang untuk selesaikan apa saja masalah. Latihlah diri untuk lebih sabar, tenang dan lebih terbuka dalam apa saja keadaan. Maka, kita dapat hindarkan diri daripada dilabelkan sebagai "sellfish" dan "egois".

"NO BODY PERFECT WITHOUT SOMEONE"